Wildcard SSL Certificates
BM | ENG
Kongsi berita palsu umpama menipu
Tentang #FitNet?

#FITNET, atau ‘Fitnah Internet’, adalah apabila berita palsu atau maklumat daripada sumber tidak sah disebarkan dengan niat untuk menipu, memperdaya dan memanipulasi pembaca. Ini akan menyukarkan mereka untuk membezakan antara maklumat yang benar dengan maklumat palsu.

Objektif kempen Cegah #FITNET yang diterajui oleh TM ini adalah untuk mengingatkan semua rakyat Malaysia supaya semak dahulu sumber berita yang anda terima sebelum menyebarkannya kepada orang lain.

Di portal ini, anda boleh mendapatkan kesahihan berita yang diterima, dan cara-cara untuk mengenal pasti serta menghentikan penyebaran maklumat yang tidak benar.

Ingat, apa sahaja yang anda kongsi ada akibatnya. Anda mungkin melukakan hati seseorang tanpa anda sedari.

Mari kita bersama-sama Cegah Fitnah Internet #FITNET!

Kesan sebenar #FitNet

Pada 2016, Reuters Institute Digital News Report mendedahkan bahawa 69% rakyat Malaysia memperolehi berita daripada media sosial. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) melaporkan bahawa walaupun bilangan pengguna internet di negara ini adalah tinggi, namun rakyat Malaysia masih tidak dapat membezakan antara berita yang benar ataupun palsu.

Dengan hanya menekan butang ‘Share’, tindakan anda mungkin akan memberi kesan kepada seseorang individu, komuniti, dan perniagaan setiap hari. Perniagaan terpaksa ditutup, reputasi individu terjejas, hanya kerana seseorang telah menyebarkan berita palsu di media sosial. Perkara sebegini sering berlaku kerana kebanyakan daripada kita hanya membaca tajuk utama sepintas lalu dan terus menyebarkannya tanpa menyemak kesahihannya terlebih dahulu.

Kan ke hebat kalau kita semak sebelum kongsi. Di portal ini, anda boleh menyemak kesahihan berita yang diterima, dan cara-cara untuk mengenal pasti serta menghentikan penyebaran #FITNET.

Cara-cara untuk cegah #FitNet

Anda boleh mengesahkan berita yang anda terima di portal SEBENARNYA.MY.

Apabila maklumat berkaitan dikumpulkan tentang artikel tertentu, ia akan dianalisis dan ditentusahkan. Selepas proses tersebut, artikel berkenaan akan dimuatnaik ke portal tersebut sebagai rujukan untuk orang ramai.

Belum Pasti Jangan Kongsi. Cegah Fitnah Internet #FITNET

SEMAK SEBELUM SEBAR DI SINI

DARI MANA SUMBER
MAKLUMAT ITU DIPEROLEHI?

Laman berita yang tidak sah akan mencipta URL yang sama dengan URL laman web yang anda kenali.

Selidik dahulu kandungan laman web tersebut. Kebanyakan laman web berita yang sah akan meletakkan nama penulis (dan bukannya “admin” atau “user”). Laman web berita yang sah juga akan mengandungi artikel yang berkualiti tinggi dan mencapai standard kewartawanan.

#1

ADAKAH TAJUK
UTAMANYA NEUTRAL?

Jika anda mendapat reaksi emosi yang tinggi dengan hanya membaca tajuk utama, anda harus berhenti membaca. Ia tidak masuk akal dan akan terus membuatkan anda memberi reaksi yang beremosi. Tajuk utama bertujuan untuk merangkumkan artikel yang anda baca.

#2

SIAPAKAH PENULISNYA?

Semak dahulu penulis artikel tersebut. Lihat artikel-artikel lain yang ditulis oleh penulis itu. Kebanyakan laman web yang sah akan meletakkan nama penuh penulis dan gambar profil mereka.

#3

APAKAH SUMBER
ARTIKEL ITU?

Katakan anda sudah membaca tajuk utamanya: “Saintis mendakwa coklat membuatkan anda lebih bijak.”

Sekarang tanya diri sendiri, saintis yang mana? Bila kenyataan ini dibuat? Secara tepat, apakah kenyataan mereka? Bagaimana mereka mengetahuinya? Khabar angin disebar oleh orang ramai yang mengulangi maklumat yang sama, tetapi tiada siapa dapat mengesahkannya. Ia mungkin benar, atau palsu. Sebab itulah sekolah, institusi dan wartawan bergantung kepada sumber berkualiti tinggi. Mereka perlu memastikan maklumat itu tepat.

#4

ADAKAH GAMBARNYA SAHIH?

Memang mudah untuk mengambil gambar tiga tahun lalu dan mendakwa, “Sedang berlaku ketika ini” tetapi sukar untuk kita pastikan.

Carian imej di Google boleh membantu anda mengetahui sama ada gambar tersebut pernah digunakan sebelum ini dan siapa yang pernah menggunakannya. Kebenaran akan terbongkar sekiranya gambar tersebut telah diubahsuai, siapa pemilik asal yang berkongsi gambar tersebut, dan sama ada gambar tersebut telah digunakan dalam konteks yang sebenar.

#5

PENJUALAN ORGAN DI MALAYSIA (2014)

Sumber dari infografik themalaymailonline.com

#1

DNA BABI DALAM COKLAT CADBURY (2014)

Sumber dari infografik themalaymailonline.com

#2

AMARAN PIHAK POLIS BERKENAAN SERANGAN PENGGANAS IS DI KL (2016)

Sumber dari infografik themalaymailonline.com

#3

PASANGAN MELAKUKAN SEKS BERHAMPIRAN LEBUHRAYA DI PULAU PINANG (2017)

Sumber dari infografik themalaymailonline.com

#4

KIM JONG NAM MATI AKIBAT KETAKCERNAAN (2017)

Sumber dari infografik themalaymailonline.com

#5

MCDONALD’S MALAYSIA SALUR DANA KEPADA JEWISH UNITED FUND (2017)

Sumber dari infografik themalaymailonline.com

#6

CHINA ENGGAN TERIMA MUSANG KING KERANA MENGANDUNGI RACUN SERANGGA (2017)

Sumber dari infografik themalaymailonline.com

#7